MSYS2 alternatif kepada WSL2

hardyweb - Sep 16 - - Dev Community

Bismillahirahmanirahim

This article written in Bahasa Melayu (Terengganu Accent) 
Enter fullscreen mode Exit fullscreen mode

Aku sudah terbiasa dengan pembangunan sistem menggunakan linux sebagai environment, tak kira dalam Linux betul, atau dalam virtualbox atau dalam Windows Sub Sistem Linux, atau dalam termux ( android ) mahupun chrome book. semua enviroment pembangunan sistem laravel yang aku gunakan mesti ada php , mariadb, neovim ( editor ) , dan tmux .

Ada satu laptop kegunaan biasa, ram 8 gb , windows 11, kalau ikutkan laptop ini sangat perlahan, tidak direkemen untuk kerja-kerja pembangunan sistem. Aku cuba install wsl, tapi hasilnya ram kaput dan jadi ciput. malas nok buat dual boot, pc untuk kegunaan famili, semestinya kena pakai windows.

Alternatif lain adalah dengan install cygwin menerusi scoop, cygwin berjaya diinstall tetapi ada satu part yang cygwin tidak boleh run, iaitu tmux terminal multiplexer.

Cari lagi alternatif kedua, boleh cuba msys2, lebih kurang cygwin, tapi msys2 ni lebih banyak repositori dan menggunakan pacman untuk pasang perisian-perisian di dalam nya. yang penting boleh run tmux dan boleh run neovim text editor.

untuk bind path windows app dalam msys2, kena enable

MSYS2_PATH_TYPE=inherit dalam msys.ini 
Enter fullscreen mode Exit fullscreen mode

untuk shell terminal, boleh pilih nok guna msys, ucrt, clang,mingw64, benda sama je cuma shell tu dicompile guna library yang berlainan, aku test pakai ucrt. screensyot sebgaimana di bawah.

Image description

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
Terabox Video Player